Mencipta Watak Yang Hidup
# Mencipta watak rekaan yang ‘hidup’ tidaklah begitu susah sebenarnya.
# Ambil watak sebenar dalam dunia realiti dan tukar kepada watak
fiksyen dengan sedikit ubah suai pada karektor dan latar belakangnya.
# Salah satu unsur yang dapat memberi ‘nyawa’ kepada watak adalah dengan memberi kelainan tersendiri kepada satu-satu watak. Satu watak tidak sama stailnya dengan watak lain.
# Hilal Asyraf berkata
penulis perlu meletakkan kelainan tersendiri dalam setiap watak kerana
dalam kehidupan sebenar, tidak mudah untuk menemui dua manusia yang sama
stailnya. Dengan menjadikan setiap watak ada kelainan, watak-watak akan
nampak dinamik.
# Satu cara untuk memasukkan watak yang ‘hidup’ ke dalam karya adalah dengan mendokumentasikan watak-watak yang dicipta supaya mudah dirujuk dan supaya penulis tidak terkeliru atau terlupa dengan sifat atau latar belakang watak-watak ciptaannya.
# Satu cara untuk memasukkan watak yang ‘hidup’ ke dalam karya adalah dengan mendokumentasikan watak-watak yang dicipta supaya mudah dirujuk dan supaya penulis tidak terkeliru atau terlupa dengan sifat atau latar belakang watak-watak ciptaannya.
* Faisal Tehrani
menyarankan agar penulis menyediakan buku nota watak sebagai bahan
rujukan.
* Hilal Asyraf menyediakan ‘kertas watak’ – dicatatkan setiap
watak untuk novelnya pada helaian kertas yang berbeza.
* Abu Hassan Morad
menyediakan kertas vanila dan menampalkan pada kertas vanila itu
guntingan foto watak-watak realiti yang mewakili watak-watak dalam
novelnya. Kertas vanila itu dilekatkan di dinding bilik kerjanya.
“Wataklah yang menggerakkan cerita dan sebab akibat (casualties). Sebaik-baik watak sudah dicipta, sebaik itulah cerita dicipta,” -Faisal Tehrani
sumber: http://zakaria-sungib.blogspot.com/