Perkaitan antara Risau dan Kegagalan
Salah satu penemuan
yang dilakukan oleh pakar-pakar psikologi adalah terdapatnya perkaitan
kuat antara faktor 'risau' dengan 'kadar kegagalan' ke atas apa sedang
diusahakan.
Ertinya, jika seseorang itu sedang cuba melakukan
sesuatu, apabila dia risau mengenai hasil pekerjaannya itu, kemungkinan
dia gagal melakukannya adalah lebih tinggi. Semakin dia risau, semakin
tinggi kemungkinan dia gagal.
Penemuan ini penting saudara ingat apabila saudara
sedang belajar menulis buku saudara. Jangan saudara risau akan
perkara-perkara seperti apakah buku saudara akan diterima oleh penerbit,
ataupun apakah buku itu laku dijual dan seumpamanya.
Semakin saudara merisaukan perkara-perkara itu, semakin tinggi kemungkinan saudara gagal menyiapkan buku saudara.
Link: universiti pts
0 ulasan:
Catat Ulasan