Pages

Universiti PTS (18) : Tip Survival Penulis Sastera Remaja: Elakkan Unsur-Unsur Trendi

Sesuatu yang trendi tidak dapat bertahan lama dalam pasaran. Trend sentiasa berubah-ubah. Produk-produk yang berdasarkan trend mempunyai hayat pasaran yang pendek. Perkara-perkara yang mungkin mempunyai ciri-ciri trendi pada sesebuah karya kreatif:

 1. Gaya bahasa
 2. Gaya penceritaan
 3. Bahan cerita
 4. Tema dan persoalan

 Produk-produk trendi boleh dijual dan laku keras semasa awal-awal fasa permulaan trend baru itu. Kemudian jualan akan mendatar, dan selepas itu menurun dan merudum. Salah satu faktor penurunan jumlah jualan adalah disebabkan munculnya banyak penerbit dan penulis lain yang meniru trend itu sehingga berlaku lambakan. Ini boleh berlaku dengan cepat dan mudah disebabkan produk-produk trendi memang sangat mudah dapat ditiru. Akibatnya, pendapatan royalti penulis juga tidak tahan lama.

sumber: universiti pts

Bengkel Fatimah Syarha di UIAM 2009


FATIMAH SYARHA
BENGKEL PENULISAN 2009

  • Lesenkan karya bukan jual
  • Jelaskan matlamat penulisan
  • Ingat tiga persoalan utama: dari mana kita datang, untuk apa kita di sini, ke mana kita akan pergi.
  • Apakah yang Allah perintahkan? –Belajar bersungguh-sungguh (al-mulk:2) –Berakhkal mulia
  • Apakah yang Allah larang? – Jangan hampiri zina. – Elakkan hiburan tidak syarak – mengumpat

(sumpah kita –surah al-An’am:62)

“buat baik itu sebenarnya diri kita”
“bayangkan jika kita menulis sesuatu yang tidak syarak”
“Jangan malu buat baik.”
“Jelaskan matlamat.”

Noktah Bidayah.


  • Jadilah penulis daie ilallah –“NAK ALLAH” (penulisan adalah wasilah mencapai matlamat-ALLAH)
  • Jika kita tiada idea, Allah ada.
  • Jika kita tiada semangat, Allah ada
  • Jika kita berputus asa, Allah ada.
  • Jika kita sedih dikritik, Allah ada.

“kamu tidak pernah bersendirian, Allah sentiasa ada.”

Latihan.

Kerana Dia. (tertanya-tanya)

Hafiz pandang wajah Bonda, Mak Cik, Usu dan saudara mara di keliling katil Hospital Besar Kuala Lumpur itu. Bungkam.Tak terkeluar satu kata pun.Bayangan lori balak yang merempuh keretanya –kereta kuda- terlayar di mata. Di katil Hospital, dia bermonolog: “kerana Dia sayangkan aku, aku masih di sini. Bayangkan berapa ramai mereka yang maut hanya kerana kemalangan kecil cuma.  Kerana Dia mahu aku tebus dosa, aku diberi kesempatan usia.” Terima kasih Tuhan. Ada air mata mengalir, bersama keinsafan yang hadir kerana kemalangan itu.  (belum keluar kotak)

-Elakkan tajuk yang boleh diagak
-keluar daripada kotak minda
- logik. (logikkah kereta kuda?)

KUNCI MENULIS.


  • Visi –Mardhatillah. (pengharapan, tujuan, memandang jauh ke depan, kreativiti, kebaharuan?keunikan)
  • Perspektif – Stamina. Rendah hati (berguru) –ditolak, tolak kertas, bukannya diri kita.
  • Sikap –Itqan (positif dengan kritikan), yakin (dialog semangat)
  • Disiplin –“istiqamah baik daripada 1000 keramat” . Teknik dan disiplin . pembaca setia. Hadir pertemuan, seminar penulisan (praktik) 
  • Jelas dengan Allah. (solat. Allah. Al-Quran)


LAWAN KETAKUTAN.

-Takut tidak best – Setiap benda unik
-Tidak cukup ilmu – carilah ilmu
-Idea? Ada tepi-tepi kita. (Mula –target)

MEDAN PRAKTIKAL.

-Mulakan dengan cerpen –jelaskan tema (apa pembaca akan dapat) ~ atur cerita ~ karakter ~ sepenggal kisah hidup ~ Penggunaan kata ~ kejutan ~ impresi ~ konklusi (pengakhiran cerita yang akan diingat)

LATIHAN 2

Rumah Kosong
Ditinggalkan lama
Hantu
Takut
Kosong!

Rumah yang dibiarkan tanpa ibadah kepada Allah dan bacaan al-Quran adalah rumah yang tidak dimasuki malaikat. Senang syaitan mahu menyelinap. Begitulah yang jadi pada rumah di hujung desa ini. Hantu-hantu menghuni di dalamnya. Bukan hantu pada hakikatnya, namun anak-anak muda, mat-mat rempit yang ulahnya mengalahkan hantu. Apa erti takut kepada mereka? Takut mereka hanya apabila polos datang mahu menyerbu. Hati mereka tanpa didikan agama ibarat rumah kosong.


Sri Rahayu (1)

PROGRAM MENULIS 30 HARI

 Menulis novel adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa-paksakan. Namun, jika hati sudah memasang niat, tapi tidak dipaksa, susah untuk mendapat hasilnya. Jadi, sekadar untuk memberi galakan kepada rakan-rakan penulis, saya ingin kongsikan rahsia ini iaitu Program Menulis 30 Hari.


HARI 1: Fikirkan plot lengkap. Latar tempat, watak, konflik, isu & ideologi. Sebab anda kesuntukan masa, anda tiada pilihan selain memikirkan cerita anda down to the last detail dalam masa SATU hari.

HAR1 2: Bab 1 & 2 (2000 patah. Patah perkataan, bukan abjad. Bahagian ini senang sebab anda baru hendak establish watak - latar, konflik. Touch and go)


HARI 3: Bab 3 (4000 pp) ( Dari sini, lembab sikit)

HARI 4: Bab 4 (6000 pp)

HARI 5: Bab 5 (8000 pp)

HARI 6: Bab 6 (10 000 pp)

HARI 7: Bab 7 (12 000 pp)

HARI 8: Bab 8 (14 000 pp)

HARI 9: Bab 9 (16 000 pp)

HARI 10: Bab 10 (18 000 pp)

HARI 11: Bab 11 (20 000 pp)

HARI 12: Bab 12 (22 000 pp)

HARI 14: Bab 13 (24 000 pp)

HARI 15: Bab 14 (26 000 pp)

HARI 16: Bab 15 (27 000 pp)

HARI17 : Mantapkan Bab 1 & 2

HARI 18: Mantapkan Bab 3 & 4

HARI19: Mantapkan Bab 5 & 6

HARI 20: Mantapkan Bab 7 & 8

HARI 21: Mantapkan Bab 9 & 10

HARI 22: Mantapkan Bab 11 & 12

HARI 23: Mantapkan Bab 13 & 14

HARI 24: Mantapkan Bab 15 & bab tambahan yang tiba-tiba muncul

HARI 25: Intensif tatabahasa & ejaan (Bab 1-7)

HARI 26: Intensif tatabahasa & ejaan (Bab 8-15)

HARI 27: Format

HARI 28: Mencetak

HARI 29: HARI KELUAR DARI GUA

• Lawatan ke kedai fotokopi (Buat salinan & jilidan)

• Lawatan ke pejabat pos

HARI 30: Cari obsesi baru

Seperti kata orang putih: All the Best!

Universiti PTS (17)

Tip Survival Penterjemah: Bakat Bahasa Melayu


PTS mempunyai Tim Penterjemah sendiri yang dipilih, dilatih dan diuji sendiri oleh PTS dengan menggunakan kriteria sangat ketat.

Cikpuan Hasnah Daud (foto) adalah penterjemah PTS yang mempunyai paling banyak harta intelek, dan paling tinggi pendapatannya bagi tahun 2010.

Syarat paling penting menjadi penterjemah adalah memiliki bakat bahasa dan bakat mengarang, kerana menterjemah adalah mengarang semula.

Bakat bahasa itu adalah dalam bahasa penerima sesuatu terjemahan. Jika terjemahan itu dilakukan ke dalam Bahasa Melayu, maka bakat bahasa itu adalah bakat dalam Bahasa Melayu.

Penterjemah ke dalam Bahasa Melayu perlu menguasai Bahasa Melayu pada peringkat tinggi. Ini hanya dapat dicapai dengan banyak membaca buku-buku yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Bagi Cikpuan Hasnah Daud, setiap tahun beliau mengambil masa satu bulan di mana beliau tidak membuat sebarang kerja terjemahan, sebaliknya beliau banyak membaca buku-buku berkualiti tinggi dalam Bahasa Indonesia bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu Tinggi beliau.

Menurut beliau, membaca buku dalam Bahasa Indonesia sangat penting kerana penguasaan bahasa di kalangan penulis Indonesia adalah sangat tinggi. Daripada buku-buku itu beliau mempelajari penggunaan perkataan dalam konteks frasa-frasa yang tidak digunakan oleh penulis tempatan. Frasa-frasa itu dapat digunakan apabila beliau menterjemah.

sumber: universiti pts

Universiti PTS (16)

Ciri-Ciri yang Membezakan Sastera Dewasa dengan Sastera Remaja


Novel-novel sejarah Islam karya Tuan Abdul Latip Talib banyak dibaca oleh remaja, malah ada remaja 8 tahun sudah membaca novel-novel beliau.

Adakah disebabkan novel-novel beliau itu amat digemari oleh pembaca remaja maka novel-novel itu layak dimasukkan dalam kategori sastera remaja?

Banyak orang dewasa suka membaca sastera remaja. Demikian juga, banyak pembaca remaja membaca karya yang ditujukan kepada pembaca dewasa.

Pakar-pakar sastera remaja menyenaraikan ciri-ciri sastera remaja:

(i) Apabila protagonis atau watak utama dalam karya itu adalah seorang remaja.

(ii) Persoalan-persoalan dalam karya itu adalah berkenaan dunia remaja, yakni perkara-perkara yang dialami oleh remaja, ataupun perkara-perkara diminati oleh remaja.

(iii) Karya itu ditulis menggunakan gaya penceritaan dan gaya bahasa yang dapat difahami oleh pembaca remaja.

(iv) Tema yang baik untuk sastera remaja adalah konflik yang dialami oleh golongan remaja apabila mereka bertembung dengan dunia kehidupan yang lebih besar.

(v) Dalam sastera remaja yang bermutu tinggi, protagonisnya baru kali pertama mengalami konflik dunia orang dewasa.

Apabila sastera dewasa mempunyai protagonisnya yang terdiri daripada seorang remaja, maka karya itu menjadi sastera dewasa apabila sudut penceritaaannya adalah sudut pandang orang dewasa. Ini berbeza dengan sastera remaja di mana dalam ceritanya tiada sudut pandang orang dewasa.

Karya dewasa yang protagonis adalah seorang remaja lazimnya ditulis dengan nada kenang-kenangan zaman kanak-kanak dan remaja si pengarangnya. Ini berbeza dengan sastera remaja yang jarang sekali bernada kenang-kenangan.

Novel-novel Andrea Hirata (Lasykar pelangi) dan A Fuadi (Negeri 5 Menara) adalah contoh di mana protagonisnya adalah remaja namun ia ditulis dengan menggunakan sudut pandang orang dewasa, maka dengan itu kedua-dua novel itu adalah tergolongan dalam genre sastera dewasa.

Dengan hal yang demikian, maka siri novel sejarah pahlawan Islam karya Abdul Latip Talib adalah genre sastera dewasa meskipun majoriti pembacanya adalah golongan remaja.

sumber: universiti pts

Universiti PTS (15)

Tip Menulis Emel kepada Editor


Apabila menulis surat emel kepada staf syarikat penerbit buku, pastikan semua ejaan dieja dengan lengkap dan tiada kesalahan tatabahasa. Ini lebih-lebih lagi penting apabila menulis surat kepada staf di jabatan editorial.

Ambil sebagai contoh, seorang yang ingin menjadi penulis telah menulis surat yang di dalam surat itu terdapat kesalahan ejaan dan tatabahasa. Editor akan terus membuat kesimpulan manuskrip yang dihantar nanti tentulah akan mengandungi banyak ejaan salah dan nahu yang tidak betul. Dan itu akan menjadi beban kepada editor kerana terpaksa banyak melakukan kerja-kerja pembetulan.

Demikian juga dengan format surat. Gunakan format surat rasmi sahaja kerana semua urusan dengan staf syarikat adalah urusan rasmi.

NOTA: Mahkamah menerima emel sebagai bahan bukti yang sah.

sumber: universiti pts

Universiti PTS (14)

Tip Survival Penulis: Nama Penulis adalah Brand


Dalam dunia bisnes yang sangat kompetitif hari ini, brand adalah sumber profit. Dunia bisnes buku pun serupa sahaja dengan bisnes-bisnes lain.

1. Penerbit mesti menjadikan namanya sebagai brand terkenal. Justeru PTS mesti melaburkan wang bagi mempromosikan nama 'PTS' sebagai brand terkenal.

2. Penulis mesti menjadikan namanya menjadi brand terkenal. Contoh penulis yang namanya sudah menjadi brand adalah 'Ain Maisarah' dan 'Abdul Latip Talib'.

3. Penterjemah mesti menjadikan namanya brand terkenal. Nama penterjemah boleh menyebabkan buku yang diterjemahkan laku ataupun tidak. Pembaca juga boleh meminati gaya terjemahan seseorang penterjemah.

4. Pekomik mesti menjadikan namanya brand terkenal. Pekomik ada seperti penulis, mereka mempunyai peminat masing-masing.

5. Ilustrator buku mesti menjadikan namanya brand terkenal. Ilustrator juga boleh menyebabkan buku laku ataupun tidak.

Buku adalah barangan konsumer. Dalam dunia bisnes barangan konsumer, brand adalah segala-galanya. Bagitu banyak pilihan di hadapan mata. Akhirnya brand menjadi pilihan.

Ada brand, ada profit. Tidak ada brand, tidak ada profit.

sumber: universiti pts