Ayat-ayat Yang Mengalir Di Bawah Sedar
# Apabila seseorang penulis mahu menulis dalam satu-satu genre penulisan, penulis itu mesti membaca banyak buku dalam genre tersebut.
# Gaya atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan itu akan mempengaruhinya sewaktu proses menulis.
# Apabila seseorang itu banyak membaca novel, laras atau ragam bahasa novel akan terakam dalam pemikiran bawah sedarnya. Dengan itu, apabila dia menulis novel, ayat-ayat novel akan mudah mengalir di hujung penanya.
# Begitu juga apabila seseorang itu banyak membaca buku motivasi atau buku inspirasi maka dia akan mudah menulis menggunakan ayat-ayat motivasi/inspirasi.
# Maka untuk menjadi novelis yang baik, penulis mesti banyak membaca novel.
# membaca bukanlah semata-mata kerana membaca dapat menambah pengetahuan. Ia juga disebabkan membaca dapat membantu penulis menguasai dan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dengan genre penulisan yang diterokainya.
sumber: http://zakaria-sungib.blogspot.com/
0 ulasan:
Catat Ulasan