Penulis dan Dunia Yang Dekat Dengannya
Apabila kita dekat dengan sesuatu, kita akan berasa lebih mudah untuk
bercerita mengenainya. Penulis harus menulis tentang sesuatu yang dekat
dengan dirinya supaya lebih mudah dia berekspresi.
Apabila kita mahu menulis kisah pergolakan dunia
kanak-kanak tetapi kita tidak dikelilingi oleh suasana kehidupan
kanak-kanak, bagaimana hasilnya nanti? Kita hanya akan menulis tentang
watak-watak yang kita tahu tetapi tidak kenal.
Sebab
itu saya menyarankan kepada calon-calon penulis novel remaja Islami
supaya mendekati dunia remaja, memahami psikologi mereka dan menyelami
pola berfikir mereka. Apabila kita dapat mengikhlaskan niat untuk
membangunkan jiwa remaja ini melalui karya kita, nanti Allah akan bantu
kita untuk menyelitkan nilai didikan yang sesuai untuk mereka. Nilai
yang disampaikan melalui pendekatan yang mereka boleh terima.
Benar sekali apa yang Rasulullah SAW pesankan, bercakaplah dengan orang lain mengikut kadar akalnya.
link: zakaria sungib
0 ulasan:
Catat Ulasan