Pages

Universiti PTS (13)

Tip Survival Penulis: Tidak Menyebut Teknologi Trendi


Puan Farihah Iskandar adalah penulis siri Dear Yayah yang sangat berjaya dalam pasaran. Siri Dear Yayah sudah berada dalam pasaran selama 6 tahun, dan permintaannya masih terus ada.

Beliau memberi tip bagaimana mahu menghasilkan karya yang dapat bertahan lama dalam pasaran, dan sentiasa kekal semasa.

Menurut Puan Farihah Iskandar, beliau tidak menyebutkan nama-nama teknologi ataupun nama-nama brand semasa yang popular. Ini bagi mengelakkan karyanya menjadi ketinggalan zaman akibat kemajuan teknologi yang amat deras.

Sebagai contoh 4 tahun yang lalu remaja sangat kenal laman sosial Friendster. Kini nama itu sudah tidak kedengaran lagi. Ia digantikan dengan Facebook.

Menurut beliau, faktor yang paling penting adalah ceritanya mesti mempunyai ciri-ciri yang dapat bertahan dalam pasaran. Teknologi datang dan pergi. Brand komersial pun datang dan pergi. Cerita yang indah kekal dalam ingatan.

sumber: http://universitipts.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan