Universiti PTS (18) : Tip Survival Penulis Sastera Remaja: Elakkan Unsur-Unsur Trendi

Sesuatu yang trendi tidak dapat bertahan lama dalam pasaran. Trend sentiasa berubah-ubah. Produk-produk yang berdasarkan trend mempunyai hayat pasaran yang pendek. Perkara-perkara yang mungkin mempunyai ciri-ciri trendi pada sesebuah karya kreatif:

 1. Gaya bahasa
 2. Gaya penceritaan
 3. Bahan cerita
 4. Tema dan persoalan

 Produk-produk trendi boleh dijual dan laku keras semasa awal-awal fasa permulaan trend baru itu. Kemudian jualan akan mendatar, dan selepas itu menurun dan merudum. Salah satu faktor penurunan jumlah jualan adalah disebabkan munculnya banyak penerbit dan penulis lain yang meniru trend itu sehingga berlaku lambakan. Ini boleh berlaku dengan cepat dan mudah disebabkan produk-produk trendi memang sangat mudah dapat ditiru. Akibatnya, pendapatan royalti penulis juga tidak tahan lama.

sumber: universiti pts

0 ulasan:

Catat Ulasan